suria

Messi Jaring Gol Ke-19 Dalam Aksi La Liga

Messi mencipta sejarah apabila menjaringkan gol ke-19 berturut-turut dalam aksi La Liga.
Messi mencipta sejarah apabila menjaringkan gol ke-19 berturut-turut dalam aksi La Liga.
Messi mencipta sejarah apabila menjaringkan gol ke-19 berturut-turut dalam aksi La Liga.

PENYERANG sensasi dunia, Lionel Messi menjaringkan gol ke-19nya dalam aksi La Liga berturut-turut selepas membantu Barcelona terikat 2-2 dengan Celta Vigo, awal pagi Ahad.

Pemain terbaik dunia 2012 itu melakukan hantaran kepada Cristian Tello untuk menjaringkan gol penyamaan 1-1 sebelum tamat babak pertama.

Namun, Messi bangkit menjaringkan gol kedua pada minit ke-73 untuk melengkapkan jaringannya ke atas setiap pasukan berturut-turut pada aksi La Liga musim ini.

Pemain Celta, Oubina menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki dua minit selepas Insa membuka jaringan awal pada minit ke-38.

Barca kini mengumpul 72 mata dengan baki sembilan perlawanan yang perlu diharungi, 14 mata didepan penghuni tempat kedua, Real Madrid.

Pasukan kendalian jurulatih Tito Vilanova itu akan menentang Paris St Germain pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara dengan beberapa tonggak utama pasukan terpaksa direhatkan akibat kecederaan.

Carles Puyol, Jordi Alba dan Xavi antara pemain yang masih bergelut dengan kecederaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain