suria

Wise Yakin Chelsea Layak Ke CL Musim Depan

Wise (dua, kanan) dan bintang Liverpool Dietman Hamann (dua, kiri) bergambar bersama piala selepas sidang media mengenai pelancaran The Standard Chartered EPL Football Cup 2013". Turut kelihatan Ketua Pegawai Pemasaran Football Focus Asia, Gavin O'Luanaigh (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Football Focus Asia, Robert Teasdale (kanan).
Wise (dua, kanan) dan bintang Liverpool Dietman Hamann (dua, kiri) bergambar bersama piala selepas sidang media mengenai pelancaran The Standard Chartered EPL Football Cup 2013
Wise (dua, kanan) dan bintang Liverpool Dietman Hamann (dua, kiri) bergambar bersama piala selepas sidang media mengenai pelancaran The Standard Chartered EPL Football Cup 2013". Turut kelihatan Ketua Pegawai Pemasaran Football Focus Asia, Gavin O'Luanaigh (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Football Focus Asia, Robert Teasdale (kanan).

KUALA LUMPUR: Lagenda Chelsea, Dennis Wise yakin pasukan Chelsea mampu mengekalkan kedudukan terbaik dalam liga Perdana Inggeris (EPL) bagi memastikan tiket ke Liga Juara-Juara (CL) musim depan berada dalam tangan.

Wise bekas kapten The Blues sekitar tahun 1990 hingga 2001 menjadi sebutan pada tahun tersebut dengan membantu kelab menjuarai dua Piala FA, Piala Liga dan Piala Juara-Juara.

Selain Chelsea, Wise juga pernah beraksi dengan kelab Leichester City, Milwall, Southampton dan Coventry City sebelum mengambil keputusan menjadi pengurus.

"Saya yakin buat masa sekarang pemain-pemain Chelsea telah mempamerkan aksi terbaik mereka. Biarpun keputusan ada pasang surut, namun ia sesuatu yang normal.

"Saya juga pasti, pengurus pasukan Rafael Benitez telah mencuba untuk meletakkan pasukan di tempat terbaik, dan ia berjalan lancar," jelasnya ketika ditemui selepas sidang media Piala Bola Sepak EPL Standard Chartered, Jumaat.

Ketika ditanya mengenai calon pengurus baru untuk kelab itu, Jose Mourinho, Wise,46, berkata: "Semua orang di kelab mengalu-alu kedatangan Mourinho.

"Beliau pernah mengendalikan kelab dengan baik, dan saya sendiri juga turut teruja".

Tambah bekas pengurus Leed United (2006-08) ini berkata, selain itu, turut mengulas mengenai prestasi penyerang Chelsea, Fernando Torres.

"Ramai orang ingin melihat dia bermain dengan lebih baik. bagi saya, Torres sudah mempamerkan aksi menarik dan dia juga telah menjaringkan gol.

"Dia seorang yang bekerja keras," jelasnya.

Chelsea kini berada di tangga ketiga liga dengan 55 mata, di belakang Manchester City (59) dan pendahulu liga, Man United dengan 74 mata.

Selain itu, kehadiran Wise ke Malaysia buat kali pertama bakal menjadi tarikan pada kejohanan tahun ini yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 21 April ini.

Wise bakal beraksi dalam pasukan EPL All Stars bersama bintang bola sepak lain termasuk Frank Leboeuf, Tore Andre Flo, Stephane Henchoz, Sasha Ilic, Michael Mols, Michael Thomas, Savo Milosevic dan Phil Babb.

Manakala pasukan Liverpool dibarisi oleh pemain lagenda David James, Robbie Fowler, Steve McManaman, Dietmar Hamann, Jason McAteer, Steve Harkness, Dominic Matteo, Bjorn Tore Kvarme dan Rob Jones.

Pasukan bintang Manchester United pula disertai oleh Andrew Cole, Lee Sharpe, Ronnie Johnson, Clayton Blackmore, Carl Muggleton, Paul Parker, David Johnson dan Lee Martin.

Dan tidak ketinggalan juga pasukan Malaysia yang bakal dibarisi bekas pemain-pemain hebat bola sepak tanah air.

Artikel Sebelum

Sunderland Pecat O'Neill

Artikel Lain