Skuasy: Nicol Jangka Saingan Sengit Pada Terbuka KL - Sukan | mStar

Skuasy: Nicol Jangka Saingan Sengit Pada Terbuka KL

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David menjangka berdepan saingan sengit dalam misinya memburu kejuaraan kesembilan pada Kejohanan CIMB David Nicol Terbuka Kuala Lumpur yang membuka tirainya pada Selasa.

Pemain nombor satu dunia itu berkata dengan penyertaan kelompok 15 pemain terbaik dunia serta kehadiran ramai muka baharu pada kejohanan itu, ia bukan satu tugas mudah untuk meraih pengiktirafan tersebut.

"Saya lihat kejohanan kali ini berbeza daripada sebelumnya kerana disertai lebih ramai pemain ternama dan saya jangkakan saingan kali ini lebih kompetitif," katanya kepada pemberita selepas majlis penajaan kejohanan itu oleh CIMB di sini, Isnin.

Mengenai peluangnya pada acara yang menawarkan hadiah wang tunai RM310,000 itu, Nicol berharap dapat mempamerkan aksi terbaik sekali gus dapat mempertahan kejuaraannya.

Selain Nicol, kejohanan di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil dan Berjaya Times Square yang berlangsung sehingga Ahad ini turut menampilkan pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily dari Mesir.

Turut mampu memberi tentangan ialah pemain nombor tiga dunia, Laura Massaro dari England bersama rakan senegaranya, Jenny Duncalf.

Seorang lagi pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy yang dijangka bertemu Nicol seawal pusingan kedua juga mampu menjadi ancaman besar di kejohanan itu.

Sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1999, Nicol hanya gagal merangkul gelaran dua kali apabila tewas kepada Vanessa Atkinson dari Belanda pada 2006 dan Natalie Grainger dari Amerika Syarikat pada 2009.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain