Mohd Hariff Salleh Muncul Juara Lebuh Raya 190 Kilometer - Sukan | mStar

Mohd Hariff Salleh Muncul Juara Lebuh Raya 190 Kilometer

MUAR: Pelumba muda Terengganu, Mohd Harrif Salleh, muncul juara lelaki elit lebuh raya 190 kilometer pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix Kebangsaan 2013 Sirkit 1 l dari Muar ke Lenga, di sini, Sabtu.

Mohd Hariff mencatat masa empat jam 35 minit untuk mengatasi Nik Mohd Hazwan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang ketinggalan satu roda ketika melintas garisan penamat di Dataran Tanjung Emas.

Tempat ketiga dimenangi oleh pelumba Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Zamri Saleh dengan catatan masa 4:35.07.

Pelumba Mohd Rauf Nur Misbah, yang mewakili pasukan kebangsaan, hanya mampu menduduki tenmpat kelima antara 72 peserta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Dalam acara Junior, Mohd Al-Azni Zainal, pelumba yang mewakili Sekolah Sains Tengku Mahmud Iskandar, Kota Tinggi, mengungguli acara lebuh raya 137 kilometer.

Beliau merakamkan masas 3:23.34s untuk mengatasi pencabar terdekat, Shahrul Afham Rosdi dari Terengganu, dengan kelebihan .03 saat sahaja.

Tempat ketiga dalam acara ini dimenangi oleh Mohd Syazrin Shaari dari Wilayah Persekutuan.

Noor Azan Alias, dari Muar, pula muncul juara wanita acara 110 kilometer apabila pelumba tersebut berjaya mengatasi pelumba dari Kedah, Masziyaton Mohd Radzi yang menduduki tempat kedua dengan catatan masa 3:12.48s.

Kedudukan kedua-dua pelumba wanita itu yang bertarung hebat ketika mencecah ke garis penamat hanya diputuskan melalui foto finish kerana mereka mencapai masa yang sama.

Tempat ketiga dimenangi pelumba Selangor Mariana Mohammad, yang hanya ketinggalan 10 saat di belakang kedua-dua pelumba tersebut.

Seramai 41 orang pelumba wanita yang mewakili negeri-negeri dan sekolah sukan Malaysia menyertai acara tersebut.

Acara acara ujian masa berpasukan dan individu akan berlangsung di tempat yang sama esok. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain