Webber Catat Masa Terpantas Sesi Latihan Pertama - Sukan | mStar

Webber Catat Masa Terpantas Sesi Latihan Pertama

Mark Webber
Mark Webber

SEPANG: Mark Webber, pemandu pasukan Infiniti Red Bull Racing mencatatkan masa terpantas dalam sesi pertama latihan rasmi di Litar Sepang di sini, Jumaat.

Pelumba dari Australia itu mencatat satu minit 36.935 saat, 0.068 saat mendahului pelumba Finland Kimi Raikkonen dari pasukan Lotus F1 Team.

Webber menamatkan perlumbaan di tempat keenam pada pusingan pembukaan di Grand Prix Australia yang berlangsung at Albert Park, Melbourne, pada 17 Mac.

Di tempat ketiga ialah rakan sepasukan Webber, Sebastian Vettel dari Jerman dengan catatan masa pusingan terpantas 1:37.104s.

Sementara itu, pasukan F1 milik Malaysia, dua pemandu pasukan Caterham F1 Team, Giedo Van der Garde (Belanda) dan Charles Pic (Perancis), masing-masing menduduki tempat ke-19 dan ke-21 dengan catatan masa 1:40.728s dan 1:41.163s.

Sesi latihan kedua akan berlangsung pada 2 petang. BERNAMA

Artikel Sebelum

T-Team Cari Penyerang Import

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain