Lampard Catat Gol Ke-200, Bantu Tewaskan West Ham - Sukan | mStar

Lampard Catat Gol Ke-200, Bantu Tewaskan West Ham

PEMAIN tengah Chelsea, Frank Lampard (gambar) berjaya mencatat jaringan ke-200 selepas menjaringkan satu gol pada perlawanan Liga Perdanan Inggeri bertemu West Ham awal pagi Isnin.

Lampard menjaringkan gol melalui tandukan pada minit ke-19 sebelum Hazard menambah satu lagi jaringan pada minit ke-50 sekaligus menewaskan West Ham 2-0 pada aksi tersebut.

Kemenangan itu juga turut memberi peluang kepada The Blues mara ke kedudukan ketiga liga, kelebihan satu mata ke atas Spurs dengan 55 mata.

Lampard kini hanya kekurangan dua gol sahaja untuk menyamakan rekod kelab yang dilakukan Bobby Tambling selepas 595 aksi.

"Ia antara salah satu hari terbaik dalam hidup saya, tetapi menjuarai Liga Juara-Juara dan Liga Perdana lebih bermakna.

"Untuk mencatat 200 gol, ia satu perkara yang tidak pernah saya bayangkan.

"Semua orang bercakap mengenai rekod ini dan ia sesuatu yang baik buat diri saya. Namun apa yang penting ialah, jaringkan gol dan menang perlawanan.

"Setakat ini kami berada dalam kedudukan yang baik dan akan cuba kekalkan sehingga penghujung musim ini," jelas Lampard.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain