suria

Kurang Penyerang Punca Tewas - Rajagobal

Pemain Arab Saudi, Salem Aldawsari diberi tentangan pertahanan Malaysia (jersi kuning) pada perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada malam Ahad. -Foto BERNAMA
Pemain Arab Saudi, Salem Aldawsari diberi tentangan pertahanan Malaysia (jersi kuning) pada perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada malam Ahad. -Foto BERNAMA
Pemain Arab Saudi, Salem Aldawsari diberi tentangan pertahanan Malaysia (jersi kuning) pada perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada malam Ahad. -Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Kekurangan sifat-sifat penyerang semulajadi menjadi punca kekalahan 4-1 skuad Harimau Malaya kepada Arab Saudi pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Ahad malam.

Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata ketiadaan penyerang berbisa Mohd Safee Sali yang dilanda kecederaan serius memaksa beliau meletakkan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo selaku penyerang tunggal pada perlawanan tersebut.

"Kita sekarang menghadapi masalah kekurangan penyerang semulajadi seperti Mat Yo manakala pemain lain seperti Mohd Amri Yahyah dan Azamuddin Mohd Akil lebih sesuai dalam posisi sayap dan tengah.

"Saya berharap Wan Zack Haikal Wan Nor yang masih cedera mampu pulih untuk memperkukuhkan jentera serangan menjelang aksi menentang Yemen, Jumaat ini," katanya selepas perlawanan itu.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Yemen pada perlawanan kedua kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini.

Sementara itu, jurulatih Arab Saudi, Ramon Lopex Caro berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya menjelang pertemuan dengan Indonesia, Sabtu ini.

Arab Saudi akan berdepan dengan Indonesia pada perlawanan kedua kumpulan C pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

"Gol pembukaan telah memberi kelebihan untuk kami mengawal perlawanan dan harap pemain dapat mengekalkan momentum ini ketika menentang Indonesia.

"Tahap perlawanan malam ini ada baik kerana ia dapat memberikan saya peluang untuk menguji strategi dan kombinasi pemain," kata jurulatih Sepanyol itu.

Senarai Pemain:

MALAYASIA:

Khairul Fahmi Che Mat (Norazlan Razali), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar (Muhammad Zubir Mohd Azmi), Mohd Faizal Muhammad, Mohd Shakir Shaari (K.Gurusamy), Mohd Fadhli Mohd Shas (Helmi Remeli), Norshahrul Idlan Talaha (Kapten) (Abdul Manaf Mamat), Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Amri Yahyah, Mohd Badhri Mohd Radzi (Safiq Rahim), Mohd Azamuddin Md Akil (R.Gopinathan).

ARAB SAUDI:

Waled Abdullah, Mansour Alharbi, Osman Hawsawi, Abdullah Al-Dossary, Yahya Al-Shehri, Sultan Al-Bishi, Saud Kariri (Kapten), Yousef Al-Salem, Taiseer Al-Jassam, Salem Al-Dawsari, Fhad Al-Muallwad (Abdul Fatah Asiri).-BERNAMA

Artikel Lain