suria

Barca Jumpa PSG Pada Suku Akhir Liga Juara-Juara

NYON, Switzerland: Pasukan pilihan Liga Juara-Juara, Barcelona dijadual berhadapan kelab kaya dari Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) pada saingan suku akhir selepas undian dilakukan di sini, Jumaat.

Persaingan suku akhir kali ini akan berlangsung pada 2, 3, 9 dan 10 April.

Undian lain menyaksikan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich diundi menentang pendahulu liga Itali, Juventus manakala juara sembilan kali Real Madrid akan berhadapan kelab dari Turki, Galatasaray.

Satu lagi kelab dari Sepanyol, Malaga diundi menentang Borussia Dortmund dari Jerman dengan perlawanan pusingan pertama berlangsung di Sepanyol. - AFP Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara

Paris Saint-Germain (FRA) lwn Barcelona (ESP)

Malaga (ESP) lwn Borussia Dortmund (GER)

Real Madrid (ESP) lwn Galatasary (TUR)

Bayern Munich (GER) lwn Juventus (ITA)

Artikel Lain