suria

SIC Yakin Dapat Capai Sasaran Jualan Tiket F1

Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang Datuk Mukhriz Mahathir (dua dari kanan) melihat piala baru pada majlis memperkenalkan piala kejuaraan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2013 di Sepang pada Khamis. Turut kelihatan Pengarah Eksekutif Royal Selangor Pewter Chen Tien Yue (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali (kiri) dan Pengurus Besar Petronas Motorsports Anita Azrina Abdul Aziz (kanan). -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penganjur sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) yakin sasaran penjualan tiket sebanyak 90,000 pada hari perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia, pada 24 Mac ini dapat dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata setakat semalam SIC sudah menjual kira-kira 60 peratus jumlah sasaran tiket dan usaha mempromosikan jualan tiket di luar negara sedang dijalankan.

"Saya jangkakan jualan tiket akan lebih rancak sebaik sahaja Grand Prix Australia bermula," katanya pada sidang media memperkenalkan trofi baharu perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia Petronas di sini, Khamis.

Litar Sepang bakal menjadi tuan rumah pusingan kedua siri perlumbaan Grand Prix F1 Dunia pada 22 hingga 24 Mac ini.

Tahun lepas, SIC merekodkan sejumlah 120,000 penonton untuk tempoh tiga hari perlumbaan dan berharap dapat menarik 90,000 penonton semasa hari perlumbaan dan kira-kira 130,000 penonton secara keseluruhan untuk tempoh tiga hari.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Mahathir dan pengarah eksekutif pemasaran Royal Selangor, Chen Tien Yue.

Trofi untuk perlumbaan kali ini yang berinspirasikan pergerakan perlumbaan F1 dalam bentuk ukiran abstrak itu direka cipta oleh pengeluar piuter terkenal Malaysia, Royal Selangor.

Ahmad Razlan berkata pihak SIC bekerjasama dengan Tourism Malaysia dalam mempromosikan perlumbaan yang memasuki edisi ke-15 itu. "Ramai peminat tempatan telah merebut peluang promosi harga murah (belian awal) yang kita lakukan awal tahun ini.

"Seperti pada tahun-tahun sebelum ini, kita jangkakan trend pembelian tiket oleh penonton tempatan akan memuncak pada minggu perlumbaan," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain