suria

Kami Tidak Paksa Vettel Kekal Di Sini - Red Bull

Vettel dikaitkan dengan pasukan Ferrari musim depan.
Vettel dikaitkan dengan pasukan Ferrari musim depan.
Vettel dikaitkan dengan pasukan Ferrari musim depan.

KETUA pasukan Red Bull, Dietrich Mateschitz menegaskan bahawa dia tidak akan menghalang Sebastian Vettel sekiranya pelumba itu cuba untuk bersama pasukan lain.

Mateschitz berkata, dia memahami diri Vettel yang terkenal dan mampu menarik minat pasukan lain.

Khabar angin mengaitkan Vettel akan berpindah ke pasukan Ferrari tamat musim ini.

"Sekiranya dia tidak lagi mempunyai hati bersama kami, ia sesuatu yang agak sukar untuk kami memintanya kekal di sini kerana berdasarkan kontrak, ia sah.

"Jika saya pun menjadi pemandu F1, sudah tentu saya juga mempunyai minat untuk menjadi pemandu Ferrari.

"Tetapi buat masa sekarang, tidak ada isu yang timbul," jelasnya.

Sementara itu, Mateschitz turut mempertahankan prestasi Mark Webber selepas dikritik oleh penasihat Red Bull, Helmut Marko mengenai prestasi pelumba itu awal musim ini.

"Dalam sesetengah perlumbaan, dia telah mempamerkan potensi yang memberangsangkan.

"Agak sukar baginya untuk bersaing dengan Sebastian, tetapi pasukan tetap memberi komitmen yang sama kepada kedua-dua pelumba ini.

"Apabila Mark berada dalam prestasi maksimum, ia juga agak sukar untuk Sebastian bersaing dengannya.

"Kami bertuah kerana mempunyai dua orang pelumba yang bagus," tambahnya.

Perlumbaan F1 musim ini akan membuka tirai pusingan pertama di Melbourne, Australia pada 15-17 Mac ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain