suria

Reading Pecat McDermott

McDermott dipecat kelab Reading pada Selasa.
McDermott dipecat kelab Reading pada Selasa.
McDermott dipecat kelab Reading pada Selasa.

KELAB Reading memecat pengurusnya, Brian McDermott selepas gagal dalam persaingan kedudukan terbaik aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Reading kini berada di kedudukan ke-19 liga yang menyaksikan terbaru pasukan itu juga tewas 2-0 pada Aston Villa pada Sabtu lalu.

McDermott,51, mula mengambil alih pasukan ini pada tahun 2009 sebelum menjadi pengurus tetap setahun kemudian.

Menurut kenyataan kelab:"Kelab Reading mengumumkan pemecatan pengurus Brian McDermott.

"Pemilik kelab, Anton Zingarevich mengucapkan terima kasih kepadanya dalam usaha menaikkan nama kelab sebelum ini sejak Disember 2009.

"Brian telah melakukan sesuatu yang luar biasa membawa pasukan ke liga perdana tahun lalu dan ia merupakan sejarah kedua bagi kelab.

"Bagaimanapun berdasarkan situasi semasa, pemilik merasakan perlu perubahan segera.

"Pengganti akan diumumkan secepat mungkin dan berharap pengurus baru nanti mampu mengubah nasib kelab ini,".

McDermott menjadi mangsa keempat pemecatan musim ini selepas Mark Hughes (Queens Park Rangers), Roberto Di Matteo (Chelsea) dan Nigel Adkins (Southampton).

Artikel Lain