ACC: Josiah, Firdaus Raih Dua Emas Acara Trek - Sukan | mStar

ACC: Josiah, Firdaus Raih Dua Emas Acara Trek

KUALA LUMPUR: Kempen Malaysia dalam acara trek Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India, ditutup cemerlang pada Isnin apabila pelumba trek berpengalaman, Josiah Ng dan pelumba pelapis, Muhammad Firdaus Mohd Zonis masing-masing menyumbang satu pingat emas.

Acara keirin yang merupakan acara trek terakhir dipertandingkan di Velodrom Kompleks Sukan Indira Ghandi menyaksikan Josiah mengungguli acara keirin elit lelaki manakala Muhammad Firdaus dalam kategori junior.

Velodrom itu merupakan venue yang sama di mana Josiah meraih pingat emas acara yang sama dalam Sukan Komanwel 2010.

Terdahulu , Josiah turut menghadiahkan pingat emas buat Malaysia melalui acara 200 meter pecut individu.

"Saya dah lama tunggu detik ini. Menang dua pingat emas di ACC...oh sangat indah," kata Josiah dipetik dalam kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM).

Sementara rakan senegara, Mohd Azizulhasni Awang dan Mohamad Edrus Md Yunos, masing-masing menamatkan saingan di tempat ketujuh dan kelapan dalam acara keirin elit lelaki itu.

Pingat perak acara keirin elit lelaki dimenangi Mahmoud Parash dari Iran dan gangsa menjadi milik Jun Won Gu dari Korea Selatan.

Sementara Muhammad Firdaus melakar kejayaan tersendiri pada ACC kali ini dengan meraih tiga pingat emas secara keseluruhan.

Pelumba berusia 17 tahun itu menambah koleksi pungutan pingat emas dengan kemenangan terbaru itu dalam ACC selepas meraih pingat emas acara 200m pecut kategori remaja lelaki dan pada Khamis lepas melalui acara 1km Ujian Masa.

Kejohanan Berbasikal Asia 2013 akan diteruskan dengan acara lebuh raya yang akan bermula Rabu ini.- BERNAMA

Artikel Sebelum

ACC: Fatehah Pungut Emas Acara Pecut

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain