suria

Suarez Gembira Bersama Kami: Rodgers

Suarez (kiri) menjaringkan gol pertama pada aksi menentang Spurs awal pagi Isnin.
Suarez (kiri) menjaringkan gol pertama pada aksi menentang Spurs awal pagi Isnin.
Suarez (kiri) menjaringkan gol pertama pada aksi menentang Spurs awal pagi Isnin.

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers yakin penyerang sensasinya, Luis Suarez gembira berada di kelab ini berdasarkan aksi mantap yang dipamerkan dalam setiap perlawanan.

"Bola sepak adalah sukan seluruh dunia, dan semua orang telah menyaksikan bagaimana hebatnya Suarez.

"Malah lebih penting lagi dia amat gembira berada di sini berbanding rakan-rakannya lain kerana setiap kali dia masuk ke padang, Suarez akan memberi impak yang besar.

"Peranannya amat bermakna dan dia tahu bagaimana untuk menggunakan kepercayaan yang saya berikan kepadanya," jelas Rodgers.

Menurut Rodgers, buat masa sekarang pasukannya berada di tahap yang memberangsangkan dan bersedia menghadapi segala ujian.

"Pun begitu, kami sedar setiap perlawanan adalah ujian bagi kami untuk mempamerkan sesuatu yang berkualiti.

"Bagi saya, semua pemain telah bekerja keras untuk mendapatkan tiga mata penuh," jelasnya.

Pada aksi Liga PErdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin, Leverpool berjaya menwaskan Tottenham Hotspur 3-2 yang mana gol pertama The Reds pada minit ke-21 dihasilkan oleh Suarez.

Artikel Sebelum