Piala FA Inggeris: Pemenang United-Chelsea Bakal Bertemu Man City Di Separuh Akhir - Sukan | mStar

Piala FA Inggeris: Pemenang United-Chelsea Bakal Bertemu Man City Di Separuh Akhir

PEMENANG perlawanan ulangan suku akhir antara Manchester United dan Chelsea bakal bertemu dengan Manchester City pada perlawanan separuh akhir Piala FA nanti.

United dan Chelsea seri 2-2 manakala City menumpaskan Barnsley 5-0 untuk mara ke separuh akhir.

United yang bermain cemerlang pada separuh masa pertama di Old Trafford terpaksa berkunjung ke Stamford Bridge dua minggu dari sekarang untuk perlawanan ulangan.

Mereka benar-benar bernasib baik apabila David De Gea menyelamatkan sepakan pemain tengah Chelsea yang juga rakan sepasukan De Gea dalam skuad Sepanyol Bawah 21 tahun Juan Pablo Mata pada masa kecederaan.

Sebelum itu penyerang muda Mexico, Chicarito telah menjaringkan gol United melalui satu tandukan yang mengelirukan penjaga gol Chelsea, Peter Cech sebelum Wayne Rooney menjaringkan gol melalui set-up tendangan percuma yang juga mengelirukan.

United menguasai permainan sepanjang separuh masa kedua tetapi kemasukan Edin Hazard pada separuh masa kedua membuatkan barisan pertahanan United tidak dapat mengawal gerakan-gerakan pantas Chelsea.

Pemain Belgium itu menjaringkan gol yang cantik pada minit ke-59 dan sembilan minit kemudian pemain pertahanan Brazil, Ramires menjaringkan gol penyamaan.

Chelsea selepas itu bermain bagaikan dirasuk dengan gerakan pantas dan mereka hampir-hampir mencapai kemenangan jika tidak kerana kepantasan De Gea.

MAN UTD: De Gea 7, Rafael 5, Evans 6, Ferdinand 7, Evra 5, Carrick 8, Cleverley 5, Nani 7 (Valencia 5), Kagawa 6 (Welbeck 6), Rooney 5, Hernandez 7 (Van Persie 6). Lain-lain pemain simpanan: Amos, Anderson, Vidic, Young.

CHELSEA: Cech 5, Azpilicueta 6, Luiz 6, Cahill 5, Cole 6, Ramires 7, Lampard 5 (Mikel 7), Moses 5 (Hazard 8) Mata 9, Oscar 7, Ba 5 (Torres 5). Lain-lain pemain simpanan: Turnbull, Ivanovic, Terry, Bertrand.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Suarez Gembira Bersama Kami: Rodgers

Artikel Berkaitan

Artikel Lain