Hoki: Malaysia Catat Kemenangan Kedua Kalahkan New Zealand 2-1 - Sukan | mStar

Hoki: Malaysia Catat Kemenangan Kedua Kalahkan New Zealand 2-1

Pemain Malaysia Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil (kanan) diserbu oleh rakan sepasukannya setelah berjaya menjaringkan gol ke-2 Malaysia dalam pertemuan Malaysia dengan New Zealand pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 di Stadium Azlan Shah di Ipoh, Ahad. Malaysia berjaya menewaskan New Zealand dengan jaringan 2-1. Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil turut menerima hadiah 'Men of the Match' dalam perlawanan malam ini. -fotoBERNAMA
Pemain Malaysia Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil (kanan) diserbu oleh rakan sepasukannya setelah berjaya menjaringkan gol ke-2 Malaysia dalam pertemuan Malaysia dengan New Zealand pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 di Stadium Azlan Shah di Ipoh, Ahad. Malaysia berjaya menewaskan New Zealand dengan jaringan 2-1. Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil turut menerima hadiah 'Men of the Match' dalam perlawanan malam ini. -fotoBERNAMA

IPOH: Malaysia mencatat kemenangan kedua dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah apabila menundukkan New Zealand 2-1 di sini malam Ahad.

Pada Sabtu, skuad negara mengalahkan Korea Selatan 3-2.

Selepas terikat 0-0 pada babak pertama, anak buah jurulatih Paul Revington bermain lebih kemas dan berjaya membuka jaringan lima minit selepas saingan babak kedua berlangsung.

Gol itu hasil jaringan pemain berpengalaman Chua Boon Huat yang menyambar peluang dalam keadaan kelam kabut dengan menguis kencang ke gawang lawan pada minit ke-40.

Empat minit kemudian, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil mengukuhkan kedudukan tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua Malaysia.

Begitu pun, New Zealand yang melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai kejohanan itu buat kali pertama tahun lepas, tidak memberi laluan mudah kepada Malaysia.

Turun dengan misi meraih kemenangan pertama selepas tumpas 3-4 kepada Pakistan semalam, New Zealand meningkatkan persembahan dan berjaya menyaingi Malaysia pada babak pertama tetapi dikecewakan dengan kegagalan menyempurnakan dua pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, New Zealand terus mengasak dan berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi Shay Neal pada minit ke-65.

Sementara itu, Tengku Ahmad Tajudin yang dinobatkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan hari ini berkata beliau gembira dapat menjaringkan gol pada perlawanan itu. "Ini adalah satu kejayaan yang baik untuk kami kekalkan pada perlawanan seterusnya. Kami memang sudah rancang untuk lakukan sedemikian dan kami telah laksanakan," katanya.

Terdahulu, Australia mengalahkan Pakistan 6-0 manakala Korea Selatan pula menundukkan India 2-1. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Itali

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain