suria

Rooney Terdesak Untuk Kekal Di Old Trafford

Rooney diketepikan Ferguson kerana masalah prestasi.
Rooney diketepikan Ferguson kerana masalah prestasi.
Rooney diketepikan Ferguson kerana masalah prestasi.

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney kini dilihat berada dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya dalam skuad selepas Sir Alex Ferguson sangsi dengan prestasi dan sikap pemain itu.

Ferguson mengetepikan Rooney dengan meletakkan penyerang England itu di bangku simpanan ketika aksi Liga Juara-Juara (CL) bertemu Real Madrid Selasa lalu.

Pengurus itu percaya, Rooney gagal mempamerkan prestasi maksimum serta isu kecergasan menyebabkan pemain itu banyak diketepikan musim ini.

Rooney,27, masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun, dan Ferguson sedar segala keputusannya akan melibatkan masa depan bekas pemain Everton itu.

Namun buat masa sekarang Fergie tidak akan menjual Rooney kecuali ada tawaran kelab melebihi £20 juta (RM93juta).

Menurut sumber, hubungan pemain dengan pengurus itu kadang kala agak tegang dan tidak menunjukkan tanda-tanda positif untuk berbaik.

Sementara itu, kelab mewah, Paris Saint-Germain dilaporkan berminat dengan Rooney, manakala jiran United, Manchester City turut mengintai pemain itu.

City sebelum ini pernah cuba membeli Rooney pada tahun 2010, namun harganya terlalu tinggi.

Bekas rakan sepasukan Rooney, Michael Owen berkata: "Ia satu perkara yang membimbangkan buat Rooney. Dan musim ini merupakan tahun penting, tetapi pengurus tidak menyenaraikan dia dalam skuad utama".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain