suria

Pelumba TLDM Dan Kebangsaan Bakal Sertai TSG

KUALA TERENGGANU: Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) dalam proses mambawa masuk dua pelumba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dua pelumba pasukan kebangsaan kelahiran Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Syahrom Nik Mohd Hashim berkata ia bertujuan melengkapkan TSG sebagai pasukan mantap dan berwibawa.

"Majlis menandatangi kontrak dijangka diadakan dalam masa terdekat," katanya.

Pelumba TLDM itu ialah Mohd Fadhil Anuar Mohd Fauzi dan Mohd Shahrul Afiza Fauzan manakala Yusrizal Yusof dan Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri merupakan pelumba kebangsaan.

Menurut Nik Mohd Syahrom, Yusrizal dan Muhammad Zulhilmie dilepaskan untuk bersama TSG, namun dalam masa yang sama akan mewakili pasukan kebangsaan jika khidmat mereka diperlukan.

Beliau berkata kemasukan para pelumba tersebut merupakan sebahagian persiapan TSG menghadapi Jelajah Malaysia dan lain-lain kejohanan sepanjang tahun ini.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain