suria

Tevez Bangkit Bantu City Benam Villa

Tevez menjaringkan gol untuk City pada minit ke-45 di Villa Park, awal pagi Selasa.
Tevez menjaringkan gol untuk City pada minit ke-45 di Villa Park, awal pagi Selasa.
Tevez menjaringkan gol untuk City pada minit ke-45 di Villa Park, awal pagi Selasa.

JARINGAN tunggal penyerang Carlos Tevez membantu Manchester City menang 1-0 ke atas Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Selasa.

Tevez memperkukuhkan jentera serangan bersendirian selepas Sergio Aguero bergelut dengan kecederaan pada sesi latihan.

Bekas pemain Manchester United itu memanfaatkan kesilapan yang dilakukan Ciaran Clark untuk menjaringkan gol kesembilannya pada musim ini.

Dengan kemenangan itu, City kini menduduki tempat kedua, ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga, Manchester United manakala Villa pula menduduki zon penyingkiran.

Villa bermula dengan baik apabila menguasai perlawanan babak pertama sebelum Tevez bangkit menjaringkan gol pada minit ke-45.

Pasukan kendalian Pengurus Paul Lambert itu cuba untuk menyekat kemaraan City tetapi kelemahan dari segi hantaran bola membantutkan hasrat tersebut.

City nyaris mengandakan jaringan menerusi percubaan Yaya Toure tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

SENARAI PEMAIN:

VILLA: Guzan, Lowton, Clark, Baker, Bennett, Westwood, Delph, N’Zogbia, Agbonlahor, Weimann, Benteke; (Pemain gantian: Given, Sylla, Holman, Dawkins, Lichaj, El Ahmadi, Bowery)

CITY: Hart, Zabaleta, Kolo Toure, Nastasic, Clichy, Garcia, Milner, Rodwell, Silva, Yaya Toure, Tevez; (Pemain gantian: Pantilimon, Lescott, Kolarov, Nasri, Sinclair, Barry, Dzeko)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain