suria

Liga Juara-Juara: Kami Mahu Dua - Ferguson

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson menjangkakan pasukannya akan menjaringkan lebih daripada satu gol menjelang perlawanan pusingan kedua kelompok 16 pasukan sebelum menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara (CL).

Hanya keputusan seri di Old Trafford sudah cukup untuk United mara ke peringkat seterusnya selepas turut seri 1-1 pada aksi pusingan pertama tiga minggu lalu.

"Gol akan berlaku. Kedua-dua pasukan akan menjaringkan gol tetapi kami perlu menjaringkan lebih daripada satu gol. Sebagai perlawanan Eropah, saya tidak fikir kamu akan mendapat lebih dari itu.

"Ia merupakan dua buah kelab hebat dengan sejarah yang hebat. Ia sememangnya seperti dirancangkan bagi perlawanan yang menakjubkan ini dan kamu tidak akan menyesal," jelas Ferguson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain