suria

Liga Juara-Juara: Cassillas Tidak Akan Beraksi Di Old Trafford

Iker Casillas
Iker Casillas
Iker Casillas

PENJAGA gol Real Madrid, Iker Casillas tidak akan beraksi pada pertemuan pusingan kedua kelompok 16 pasukan Liga Juara-Juara (CL) bertemu Manchester United awal pagi Rabu, walaupun namanya tersenarai dalam skuad utama Jose Mourinho itu.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu hanya kembali menjalani latihan bersama skuad selepas terpaksa berehat kerana mengalami patah tangan ketika aksi bertemu Valencia 23 Januari lalu.

"Semua pemain berada dalam prestasi yang baik untuk bermain kecuali Iker Casillas.

"Emosi pasukan sangat tinggi dan kami ingin bermain.

"Esok jam seluruh dunia akan berhenti menyaksikan perlawanan kami, ia seperti aksi final," jelas Mourinho.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain