suria

Pemain Perlu Bertanggungjawab: Mancini

Roberto Mancini
Roberto Mancini
Roberto Mancini

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini memberi peringatan kepada pemain-pemainnya agar sama-sama bertanggungjawab ke atas apa jua situasi yang akan datang.

Juara musim lalu Liga Perdana Inggeris (EPL) ini dilihat semakin jauh untuk mengejar pendahulu liga, Manchester United dengan perbezaan 15 mata.

Mancini tidak teragak-agak untuk mengkritik pemain-pemainnya yang berada di bawah prestasi sebenar dan menganggap ia sesuatu yang perlu diterima.

"Saya akan bercakap apa yang saya fikirkan dan ia amat penting bagi pemain-pemain untuk bertanggungjawab kerana apabila kamu seorang pemain terkenal dan mendapat banyak wang, kamu perlu mempamerkan aksi seratus peratus.

"Ketika saya bergelar pemain dahulu, saya amat bertanggungjawab.

"Apabila saya tidak bermain dengan baik, saya berkata," Maaf saya tidak bermain dengan baik dan akan melakukan yang terbaik pada permainan seterusnya,' dan itu sepatutnya.

"Saya tidak suka pemain yang tidak sedar akan kesalahan dia. Pemain seperti ini tidak boleh bermain dengan saya.

"Saya mahu seorang pemain yang berkaliber, dan menunjukkan rasa sedih ketika tidak dipilih, serta mempamerkan semangat yang tinggi ketika dipilih bermain," ujar pengurus Itali ini.

City berdepan dengan musim sukar untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

"Ia sangat sukar untuk meraih kejuraan di sini. Kami menang tahun lalu dalam keadaan yang cepat.

"Biasanya ketika kamu menguruskan pasukan yang tidak pernah menang dalam tempoh 40 tahun, kamu memerlukan lima atau enam tahun untuk menang trofi.

"Tetapi kami dapat melakukannya selepas dua tahun dan ternyata ia lebih sukar selepas itu, tetapi kami tetap ada peluang," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain