suria

Liga Super: Sathia Mahu Kutip Mata Penuh

KETUA jurulatih pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B> Sathianathan mengharapkan kemenangan menjelang perlawanan Liga Super bertemu Pahang, Jumaat malam.

Bekas jurulatih kebangsaan itu, mahu semua anak buahnya bangkit dan cuba untuk mendapatkan mata penuh perlawanan malam ini.

"Saya harap mereka bangkit dan mempamerkan persembahan yang lebih baik selepas kekalahan tempoh hari di tangan Terengganu.

"Bertemu Pahang hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka mempunyai corak permainan tersendiri dan sehingga kini prestasi pasukan itu juga baik," jelasnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Sathia juga berkata, walaupun setakat ini pasukannya berada di tangga teratas liga, ia bukanlah sesuatu yang selesa.

"Selangor berkongsi mata dengan pasukan ATM, dan hanya dibezakan dengan jaringan gol.

"Tetapi bagi saya ia satu cabaran kepada kami dan dalam masa sama juga ia membuktikan saingan musim ini sangat mencabar," tambahnya.

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER

1.ATM 8/14

2.SELANGOR 8/14

3.LIONS XII FC 7/13

4.JOHOR DARUL TAKZIM FC 8/13

5.PAHANG 8/13

6.SELANGOR PKNS FC 8/11

7.KELANTAN 8/10

8.PERAK 7/10

9.TERENGGANU 8/8

10.TERENGGANU PBDKT/T-TEAM 8/8

11.KL FELDA UTD FC 8/7

12.NEGERI SEMBILAN 8/5

Artikel Lain