suria

Ibrahimovic Digantung Dua Perlawanan

Ibrahimovic (kiri) tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepadanya.

PENYERANG Paris St Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic digantung dua perlawanan oleh UEFA selepas di buang padang ketika aksi pusingan pertama Liga Juara-Juara (CL) kelompok 16 pasukan bertemu Valencia 12 Februari lalu.

Pemain antarabangsa Sweden itu dilayangkan kad merah selepas menerjah pemain lawan, Andre Guardado dengan kasutnya sebelum meraih kemenangan 2-1 pada perlawanan itu.

Ibrahimovic bakal terlepas dengan aksi timbal balik di Paris pada 6 Mac ini, serta aksi suku akhir Liga Perancis.

"Saya terkejut dengan keputusan tersebut. Sebelum ini saya sudah terkejut dengan layangan kad merah. Dua penggantungan yang diberi adalah sukar dipercayai.

"Saya harap UEFA akan menilai kembali keputusan ini. Kami akan membuat rayuan," jelas jurulatih PSG, Carlo Ancelotti.

Artikel Lain