suria

FAM Tidak Tahu Kunjungan Barcelona Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak tahu menahu berhubung kunjungan kelab Liga Primera Sepanyol, Barcelona ke negara ini pada Ogos depan, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

"Setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang menghubungi FAM mengenai kedatangan kelab Sepanyol ini ke Malaysia," kata FAM dalam satu kenyataan pada Khamis.

Akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini dipetik sebagai berkata kelab gergasi Sepanyol itu akan mengadakan kunjungan ke negara ini selepas mengadakan perlawanan persahabatan di Beijing, China dan Bangkok, Thailand menerusi Jelajah Asia kelab itu.

Jelajah berkenaan adalah sebahagian persiapan Barcelona bagi menghadapi musim baharu Liga Primera Sepanyol 2013/14.

Bagi saingan musim ini, kelab berkenaan sedang menerajui Liga Primera Sepanyol dengan mengutip 68 mata selepas mengharungi 25 perlawanan.-BERNAMA

Artikel Lain