suria

Copa del Rey: Atletico Mara Ke Final Bertemu Real

Radamel Falcao
Radamel Falcao
Radamel Falcao

PASUKAN Atletico Madrid menempah tiket ke final Copa del Rey untuk bertemu Real Madrid selepas Diego Costa dan Radamel Falcao mengikat keputusan seri 2-2 ketika bertemu Sevilla, sekaligus menang secara agregat 4-3 pada perlawanan awal pagi Khamis.

Costa menjadi perhatian aksi musim ini selepas turut menjaringkan dua sepakan penalti pada psuingan pertama separuh akhir menjadikan penjaring terbanyak musim ini dengan tujuh jaringan, mengatasi penyerang Real Madrid, Christiano Ronaldo dan pemain Sevilla, Algaro Negredo.

Sevilla yang menewaskan Atletico 2-0 pada aksi akhir Piala Copa pada tahun 2-0, dilihat sukar untuk mencari peluang terbaik sehingga Ivan Rakitic menjaringkan gol pada masa tambahan.

"Mara ke final adalah satu perkara yang penting buat Atletico. Kami berusaha mencari keputusan baik bermula minit pertama lagi.

"Kami sedar mereka akan memberi peluang sukar, namun kami menggunakan peluang itu untuk menang," jelas Falcao.

Artikel Lain