suria

Terry, Benitez Bertegang Urat

Benitez (kanan) dilaporkan bertegang urat dengan Terry.
Benitez (kanan) dilaporkan bertegang urat dengan Terry.
Benitez (kanan) dilaporkan bertegang urat dengan Terry.

KAPTEN Chelsea, John Terry dan pengurus sementara, Rafael Benitez dilaporkan bertegang sebelum latihan bermula sekaligus mengejutkan pemain-pemain lain serta pegawai pasukan.

Sebelum latihan bermula, Benitez telah memanggil semua pemain bagi membincangkan aksi tewas kepada Manchester City Ahad lalu.

Dalam perbincangan itu, Benitez meluahkan perasaan kecewa tewas 2-0 serta prestasi dan meminta semua pemain bertangunggungjawab dengan kekalahan itu.

Sementara itu, Terry yang tidak beraksi dalam aksi tersebut memberi reaksi terhadap perbincangan tersebut sebelum keadaan menjadi panas.

Menurut seorang saksi yang berda di situ: "Kejadian itu berlaku di antara JT dan Benitez yang masing-masing kecewa denga kekalahan sehingga menjadi pertengkaran ini."

Butir-butir lanjut mengenai pertengkaran tersebut tidak didedahkan.

Artikel Lain