suria

Tsonga Julang Trofi Terbuka Marseille

Jo-Wilfried Tsonga
Jo-Wilfried Tsonga
Jo-Wilfried Tsonga

PEMAIN Perancis, Jo-Wilfried Tsonga menewaskan pemain nombor enam dunia, Tomas Berdych 3-6 7-6 6-4 pada aksi akhir Terbuka Marseille sekaligus mencatat kejayaan ke-10 Jelajah ATP sepanjang kariernya.

Tsonga, yang kini berada di ranking kelapan dunia berkata, kejayaan ini amat bermakna selepas mengharungi saingan sengit pada set awal.

"Saya hanya menumpukan kepada permainan. Tidak ada yang mudah kerana dia bermain lebih baik pada aksi awal.

"Tetapi saya layak meraih kejayaan ini kerana saya tidak pernah berputus asa.

"Ramai pemain lain yang akan tewas jika berada di tempat saya ini," jelas.

Tsonga yang sebelum ini tewas kepada pemain nombor dua dunia, Roger Federer pada aksi pertama di bawah kendalian jurulatih baru, Roger Rasheed di Terbuka Australia berkata, dia kini berada di landasan yang betul.

"Saya telah bekerja keras dan melakukan banyak pengorbanan.

"Saya akan buat segalanya untuk berada di atas dan saya masih dalam proses peningkatan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain