suria

Swansea & Michael Laudrup Catat Sejarah Juarai Piala Capital One

Laudrup dilambung pemain-pemainnya selepas pasukan Swansea dinobatkan sebagai juara Piala Capital One 2013.

SWANSEA CITY awal pagi ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjuarai Piala Liga atau kini dikenali sebagai Piala Capital One dengan menumpaskan Bradford City 5 - 0.

Ia adalah kejohanan besar pertama yang dimenangi Swansea dalam sejarah 101 tahun penubuhan kelab itu.

Pengurus Swansea, Michael Laudrup memuji para pemainnya di atas kemenangan tersebut.

Kemenangan itu juga merupakan satu catatan sejarah buat Michael sendiri.

Ini kerana di stadium yang sama iaitu Stadium Wembley, Michael memenangi kejuaraan Eropah bersama Denmark pada 1983 dan kemudian pada tahun 1992 menjuarai Piala Eropah bersama Barcelona.

Kini beliau memenangi kejuaraan ketiga di Wembley - bukan sebagai pemain tetapi sebagai pengurus pasukan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain