suria

Man City Tewaskan Chelsea 2-0

Toure menjaringkan gol pertama Man City pada aksi menentang Chelsea, Ahad.
Toure menjaringkan gol pertama Man City pada aksi menentang Chelsea, Ahad.
Toure menjaringkan gol pertama Man City pada aksi menentang Chelsea, Ahad.

PENJAGA gol Manchester City mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan sepakan penalti pemain Chelsea, Frank Lampard sekaligus menang 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Hart bijak membaca gerakan bola ke arah kanannya selepas Lampard melakukan sepak kencang ke gawang.

Selepas menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada separuh babak pertama, Man City bangkit melakukan serangan dan gol pertama diperolehi melalui Yaya Toure pada minit ke-63 manakala gol kedua melalui penyerang kelahiran Argentina, Carlos Tevez.

Kemenangan ini juga turut menyelamatkan kedudukan Man City di tangga kedua dan hanya ketinggalan 12 mata daripada jiranya, Manchester United.

SENARAI PEMAIN:

MAN CITY: Hart, Zabaleta, Kolo Toure, Nastasic, Clichy, Garcia, Milner, Rodwell, Silva, Yaya Toure, Aguero... Subs: Pantilimon, Lescott, Kolarov, Nasri, Sinclair, Tevez, Dzeko. //

CHELSEA: Cech; Ivanovic, Cahill, Luiz, Cole; Mikel, Lampard; Ramires, Mata, Hazard; Ba... Subs: Turnbull, Azpilicueta, Terry, Bertrand, Oscar, Moses, Torres.

Artikel Sebelum

Artikel Lain