suria

Pistorius Bebas Dengan Ikat Jamin

Oscar meninggalkan mahkamah dengan menaiki sebuah kereta Land Rover.
Oscar meninggalkan mahkamah dengan menaiki sebuah kereta Land Rover.
Oscar meninggalkan mahkamah dengan menaiki sebuah kereta Land Rover.

ATLET paralimpik Afrika Selatan Oscar Pistorius dibenarkan diikat jamin selepas dituduh membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.

Mahkamah Afrika Selatan membenarkan Pistorius diikat jamin selepas peguamnya memberikan alasan bahawa pelari yang mendapat jolokan 'Blade Runner' itu tidak akan melarikan diri daripada pengadilan kerana beliau merupakan individu terkenal.

Keputusan oleh Majistret Desmond Nair sedikit sebanyak menggembirakan keluarga Pistorius dan para penyokongnya.

Rabu lalu Nair membayangkan Pistorius tidak akan dibebaskan dengan ikat jamin dan akan berhadapan dengan tuduhan pembunuhan terancang.

Namun, dalam keputusan berhubung rayuan tersebut, Nair membenar Pistorius diikat jamin sebanyak £74,000 (RM347,800).

Beliau menangguhkan kes itu sehingga 4 Jun.

Pistorius hanya akan dibebaskan sebaik sahaja mahkamah menerima wang jaminan itu secara tunai, katanya.

Kurang sejam kemudian, sebuah kereta Land Rover berwarna perak meninggalkan perkarangan mahkamah dan kelibat Pistorius dilihat berada di tempat duduk belakang kereta terbabit.

Pistorius, dihadapkan ke mahkamah pada 16 Februari lalu atas tuduhan membunuh teman wanitanya.

Penahanan Pistorius mengejutkan seluruh negaranya yang menyifatkan dia sebagai wira setelah cemerlang di trek olahraga.

Teman wanitanya seorang model, Reeva, ditemui mati akibat ditembak pada awal pagi 14 Februari lalu dan polis mengumumkan siasatan sedang dijalankan terhadap kes berkenaan.

Pistorius pada Rabu lalu menegaskan dia tidak berniat untuk membunuh teman wanitanya selepas dituduh menembaknya berulang kali menerusi pintu bilik air, yang disifatkan pegawai pendakwaraya kes itu sebagai satu pembunuhan terancang sempena’ 'Hari Kekasih.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain