suria

Penyokong Pahang & Kelantan Dipisah Tempat Duduk

KUANTAN: Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menimbulkan kekecohan semasa perlawanan Liga Super antara Pahang dan Kelantan di Stadium Darul Makmur di sini malam esok.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata seramai 322 anggota akan ditempatkan untuk berkawal di luar dan di dalam stadium. "Hasil perbincangan, pihak pengurusan stadium juga bersetuju untuk mengasingkan tempat duduk antara kedua-dua penyokong. "Kita jangkakan seramai 28,000 penonton akan membanjiri stadium dan dikhuatiri keadaan itu boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal serta mencetuskan situasi yang menggugat ketenteraman awam," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mohd Jasmani berkata anggota polis akan turut berkawal di 14 pintu masuk stadium bagi memastikan penyokong kedua-dua pasukan tidak membawa masuk sebarang peralatan yang boleh mengancam keselamatan.

Beliau turut meminta orang ramai tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain