suria

Malaysia, Korea Selatan Buka Tirai Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah

KUALA LUMPUR: Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah 2013 akan membuka tirai dengan menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan pada 9 Mac di Ipoh, Perak.

Kejohanan akan berlansung dari 9 hingga 17 Mac di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah yang melibatkan enam buah negara iaitu Australia (ranking 2 dunia), Pakistan (5), New Zealand (6), Korea Selatan (8), India (11) dan Malaysia (13).

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata kejohanan turut merupakan persediaan pasukan hoki kebangsaan untuk mara ke separuh akhir Hoki Piala Dunia dan Hoki Piala Asia 2013.

"Kita akan membawa perlawanan yang bermutu tinggi walaupun akan bertanding dengan pasukan-pasukan yang berada pada ranking teratas dunia," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan cek tajaan kejohanan di sini, Sabtu.

Sebanyak RM1.7 juta tajaan berbentuk wang tunai, kemudahan dan tenaga kerja diserahkan kepada Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bagi pihak kejohanan.

Yayasan Sultan Azlan Shah yang diwakili Raja Datuk Seri Eleena Sultan Azlan Shah turut menyerah sumbangan berjumlah RM500,000.

Ditanya mengenai ketiadaan pasukan Eropah, Abdul Rahim berkata mereka tidak dapat menyertai kerana kejohanan kali ini diadakan ketika waktu puncak perlawanan bagi kelab-kelab Eropah.

New Zealand melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai kejohanan tahun lepas setelah menundukkan Argentina 1-0. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain