LTdL 2013: Mohd Harrif Muncul Pelumba Terbaik Malaysia - Sukan | mStar

LTdL 2013: Mohd Harrif Muncul Pelumba Terbaik Malaysia

KUALA KANGSAR: Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh menjadi pelumba terbaik Malaysia pada saingan peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada Jumaat.

Bagaimanapun, pelumba berusia 25 tahun itu agak kecewa kerana gagal menjuarai perlumbaan sejauh 117.8km dari Serdang ke Kuala Kangsar walaupun berada dalam kelompok utama menuju ke garisan penamat.

"Saya minta maaf kepada semua penyokong saya...kerana gagal meraih kemenangan peringkat kedua ini.

"Saya sudah berada di tempat kedua...di belakang Theo Bos semasa menuju garisan penamat. Kira-kira 300 meter sebelum sampai, kaki saya mengalami kejang. Ia amat mengecewakan saya," katanya.

Mohd Hariff menamatkan saingan di tempat ke-13 pada perlumbaan yang dimenangi Bos, pelumba Belanda yang turut merangkul peringkat pembukaan semalam. Menurut Mohd Harrif, beliau akan cuba menamatkan saingan peringkat ketiga dan kelima dengan baik supaya boleh dapat terus memberi saingan dalam LTdL kali ini.

Sementara itu, harapan untuk melihat pelumba pasukan kebangsaan mencuri mata di zon pecutan dan pendakian di peringkat kedua masih tidak kesampaian selepas lambat untuk mengikuti kumpulan pemecahan.

Menurut ketua jurulatih lebuh raya negara, Aminuddin Sulaiman, ada di antara pelumbanya yang cuba untuk mengikut rentak empat pelumba, termasuk Anuar Manan daripada Synergy-Baku Cycling Project, yang melakukan pemecahan awal tetapi agak terlambat untuk keluar dari peloton.

"Mereka melepaskan peluang lagi kerana tidak mengikut pemecahan awal. Memang ada usaha ke arah itu tetapi terlambat," katanya. Aminuddin berkata apabila sudah terlambat untuk mengejar kumpulan pemecahan tersebut ketua pasukan, Mohamad Fauzan Ahmad Lutfi mengambil keputusan untuk kembali ke peloton. "Ketika 10km menuju garisan penamat pula perlumbaan bertambah rancak dengan kelajuan 65km sejam, pelumba Pro Team terutama Blanco Pro Cycling Team masing-masing berusaha membantu Bos," katanya.

Mengenai perlumbaan peringkat ketiga dari Sungai Siput ke Cameron Highlands esok, Aminuddin berharap pelumba berusaha keras untuk memperbaiki kedudukan keseluruhan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain