suria

SMK Tunku Anum, SMK Titiwangsa Berentap Rebut Piala Sumbangsih

PETALING JAYA: Perlawanan merebut Piala Sumbangsih bagi Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bakal berlangsung di Stadium Cheras Kuala Lumpur pada Sabtu ini menyaksikan dua pasukan berentap di antara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum, Kedah bertemu Sekolah Menengah Kebangsaan Titiwangsa, Kuala Lumpur.

SMK Tunku Anum pastinya turun dengan penuh keyakinan untuk menjulang kembali trofi yang pernah dimenanginya pada tahun 2010 itu.

Jurulatih pasukan, Basirul Abu Bakar berkata, pemain-pemainnya sudah bersedia berdepan dengan perlawanan ini, namun dalam masa sama tidak merendahkan kelebihan tuan rumah.

"Setakat ini semua pemain sudah bersedia dari segi mental dan fizikal selepas dua bulan menjalani latihan persediaan untuk perlawanan ini.

"Kami akan cuba dapatkan balik gelaran yang pernah kami julang sebelum ini," katanya selepas sidang media Liga Bola Sepak KPM Bawah 14 Tahun, yang turut dihadiri Ketua Sektor Bahagian Sukan KPM, Harmilis Darama.

Sementara itu, ketua jurulatih SMK Titiwangsa, Abdul Halim Ismail pula tidak mengambil mudah perlawanan menentang pasukan pilihan ini.

"Pasukan saya telah dibentuk sejak tahun lalu. Kami sedar bertemu SMK Tunku Anum mudan mudah, dan saya berharap pemain-pemain dapat memberi persembahan yang baik.

"Mengenai sasaran liga tahun ini, saya menyasarkan untuk ke final selepas tahun lalu kami berjaya mencapai sasaran walaupun tewas pada pusingan separuh akhir," jelasnya yang sudah tiga tahun mengendalikan pasukan ini.

Artikel Sebelum

Wang Kuasai Peringkat Ketiga LTdL

Artikel Berikut

Artikel Lain