suria

Kejohanan Milo Cans Twisted Lebih Mencabar

Hamidin (empat dari kiri) bergambar bersama bekas-pemain-pemain bola sepak negara serta Teng Heng (empat,kanan) selepas perasmian Kejohanan Milo Cans Twisted Football 2013.
Hamidin (empat dari kiri) bergambar bersama bekas-pemain-pemain bola sepak negara serta Teng Heng (empat,kanan) selepas perasmian Kejohanan Milo Cans Twisted Football 2013.
Hamidin (empat dari kiri) bergambar bersama bekas-pemain-pemain bola sepak negara serta Teng Heng (empat,kanan) selepas perasmian Kejohanan Milo Cans Twisted Football 2013.

PETALING JAYA: Bagi memeriahkan lagi dunia bola sepak tanah air, Nestle Products Sdn Bhd memperkenalkan satu kempen unik iaitu Milo Cans Twisted Football 2013 bagi memberi satu saingan yang lebih hebat antara pemain-pemain yang terlibat.

Jika sebelum ini kempen Milo Cans Next Games diperkenalkan, namun berikutan mahu mengembangkan lagi kemahiran para pemain, pihak Nestle telah mengambil inisiatif memperkenalkan satu lagi kejohanan yang lebih menarik.

"Sukan bola sepak adalah satu kemampuan berani untuk melangkah ke hadapan. Untuk itu, Milo Cans mengiktirafkan generasi muda Malaysia yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan cabaran tersebut.

"Kami berharap dimensi baru bola sepak ini bakal menyaksikan satu trend dalam dunia bola sepak dan berani menyahut cabaran menyertai permainan ini," jelas Ketua Unit Perniagaan Minuman Nestle Sdn Bhd, Teng Heng Keat pada sidang media, Jumaat.

Turut hadir pada majlis perasmian ini ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak MAlaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin serta bekas pemain bola sepak negara, Dollah Salleh.

Kejohanan Milo Cans Twisted ini terbuka kepada peserta lelaki warganegara Malaysia berumur 18-35 tahun.

Setiap pasukan perlu mempunyai seorang pegawai dan jumlah maksimum pemain seramai sembilan orang.

Kejohanan ini akan membuka tirainya di Wilayah Tengah pada 6 dan 7 April 2013 sebelum ke Wilayah Selatan (1-2 Jun) dan Pantai Timur pada 6-7 Julai ini.

Juara bagi setiap wilayah bakal membawa pulang wang tunai RM3,000 serta piala, pingat dan hamper Milo Cans.

Manakala naib juara pula akan menerima RM1,500, pingat serta hamper. Pasukan ketiga pula turut membawa pulang wang tunai RM1,000 ,pingat dan hamper.

Maklumat lanjut boleh layari www.facebook.com/milocans bermula 1 Mac ini.

Artikel Sebelum

Wang Kuasai Peringkat Ketiga LTdL

Artikel Berikut

Artikel Lain