suria

Benitez Minta Lampard Tambah Jaringan

Lampard tidak beraksi dalam perlawanan Liga Europa pada Khamis.
Lampard tidak beraksi dalam perlawanan Liga Europa pada Khamis.
Lampard tidak beraksi dalam perlawanan Liga Europa pada Khamis.

PENGURUS Chelsea, Rafael Benitez meminta Frank Lampard untuk mengatasi rekod jaringan kelab itu musim ini berbanding meletakkan pemain tengah itu di bangku simpanan.

Bintang England beruisa 34 tahun itu bakal mengakhiri kariernya bersama The Blues selepas kontaknya tidak disambung musim depan.

Lampard telah melakarkan 199 jaringan sepanjang bersama kelab ini dan turut melakukan lima gol dalam enam perlawanan musim ini.

Lampard hanya memerlukan tiga gol lagi bagi menyamakan rekod dengan Booby Tambling, namun dia tidak berpeluang menambah lebih daripada itu dalam masa terdekat ini kerana tidak beraksi pada aksi Liga Europa menentang Sparta Prague.

"Lampard akan tidak sertai skuad pada aksi esok kerana kami telah membuat sedikit perubahan posisi pemain pemain.

"Jika selepas ini dia mampu menjaringkan gol, ia satu yang menakjubkan buat dirinya dan juga pasukan," jelas Benitez.

Artikel Lain