Pelumba ARRC Jalani Ujian Pra Musim Di Sepang - Sukan | mStar

Pelumba ARRC Jalani Ujian Pra Musim Di Sepang

KEJUARAAN Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) membuka tirai musim 2013 dengan mengadakan sesi ujian pra-musim rasmi di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 dan 22 Februari ini.

Sesi ujian dua hari melibatkan ketiga-tiga kategori SuperSports 600cc, Underbone 115cc dan Piala Impian Asia (ADC) merupakan kali pertama para pelumba menguji jentera mereka untuk musim 2013 sebelum Kejuaraan membuka tirai pada 19 hingga 21 April, juga di Litar Antarabangsa Sepang.

Antara pelumba-pelumba yang akan hadir bagi sesi ujian pra-musim kali ini ialah juara SuperSports 600cc 2011, Katsuaki Fujiwari (Kawasaki), Makoto Tamada (Honda), pelumba Malaysia Azlan Shah Kamaruzaman (Honda), Mohd Zamri Baba (Yamaha), Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda), Mohd Ramdan Mohd Rosli (Yamaha) dan juga pelumba Indonesia M.Fadli (Kawasaki) dan Sudarmono (Yamaha).

Sesi ujian rasmi kategori Underbone 115cc pula bakal menyaksikan kebanyakan pelumba Malaysia turun beraksi.

Diantaranya adalah Mohd Amirul Ariff Musa (Honda), Mohd Affendi Rosli (Honda), Ahmad Afif Amran (Yamaha). Pelumba Indonesia yang bakal hadir pula adalah Gupita Kresna (Kawasaki), Andy Pramana (Honda) dan Hokky Krisdianto (Yamaha).

Sementara itu, 16 pelumba dari sembilan negara Asia akan mengambil bahagian dalam ujian rasmi Asia Dream Cup (ADC). "Sesi ujian di Sepang ini sangat penting, lebih-lebih lagi buat pasukan-pasukan SuperSports 600cc memandangkan kebanyakan mereka mula menggunakan alat-alat yang baru terutama berkaitan dengan sistem brek.

"Melalui ujian ini mereka dapat melihat catatan masa yang dilakukan, melakukan eksperimen, analisa dan juga membuat penilaian terhadap aspek yang diperlukan bagi merapatkan jurang mereka berbanding pasukan-pasukan yang lebih dominan," jelas Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg, promoter bagi Kejuaraan ARRC.

"Paling penting, selain berpeluang untuk menguji alat-alat yang baru, pelumba SuperSports 600cc juga berpeluang untuk menguji tayar Dunlop Unbeaten 02N sewaktu sesi ujian ini.

"Tayar ini sudah mula digunakan pada sebahagian perlumbaan musim lepas, jadi kami menjangkakan para pelumba boleh melakukan catatan masa yang lebih pantas di Sepang kali ini."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Shahidan Terima Padah, Kafa Didenda RM62,500

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain