Malaysia Hadapi Tugas Berat Di Piala Asia 2013 Di Ipoh

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menggalas tugas berat dan mencabar untuk memburu tiket ke Piala Dunia 2014 apabila disenaraikan dalam Kumpulan A pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 September ini.

Undian lapan pasukan bertanding di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, itu menyaksikan Malaysia berada dalam kumpulan bersama naib juara Pakistan, Jepun dan Oman.

Manakala juara bertahan Korea Selatan disenaraikan dalam Kumpulan B bersama India, China dan Bangladesh.

Setiausaha Agung Persekutuan Hoki Asia (AHF), Tan Sri P.Alagendra berkata, pembahagian kumpulan Piala Asia 2013 adalah berdasarkan senarai ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

"Jadual perlawanan akan ditentukan pada akhir bulan depan selepas menerima pengesahan pasukan yang tersenarai," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis AHF ke-62, di sini Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, Hong Kong dan Taiwan diletakkan sebagai pasukan simpanan sekiranya mana-mana pasukan yang tersenarai menarik diri.

Berdasarkan ranking dunia, Pakistan menduduki tangga kelima, Korea Selatan (8), India (11), Malaysia (13), Jepun (16), China (18), Oman (36) dan Bangladesh di tangga ke-40.

Sementara pasukan simpanan, Hong Kong di tangga ke-42 diikuti Taiwan di tangga ke-49.

Juara Piala Asia 2013 di Ipoh nanti akan mewakili benua Asia pada Kejohanan Piala Dunia yang disertai 12 pasukan di The Hague, Belanda, dari 2 hingga 15 Jun 2014.

Malaysia telah beraksi sebanyak enam kali pada Piala Dunia sejak 1973 dan kali terakhir menduduki tempat kelapan ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2002.

Malaysia gagal melayakkan diri ke Piala Dunia pada 2006 di Monchengladbach, Jerman dan 2010 di New Delhi, India.

Pada Kejohanan Piala Asia lepas pada 2009 di Kuantan, Pahang, Malaysia menduduki tempat keempat selepas kalah 7-6 kepada China dalam pukulan penalti selepas terikat 3-3 pada perlawanan penentuan tempat ketiga. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia

Malaysia catat 9 kes positif Covid-19