suria

Piya Tak Rugi Jika Tak Bersama Harimau Malaya - Annuar Musa

KOTA BAHARU: Tindakan ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal tidak menyenaraikan kapten pasukan Kelantan Badri Radzi atau Piya dalam skuad Harimau Malaya tidak merugikan sesiapa termasuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun tidak dapat bersama skuad kebangsaan namun pemain itu dapat menimba pengalaman berharga di persada antarabangsa bersama Kelantan.

"Kelantan sendiri terbabit dalam perlawanan antarabangsa dalam saingan Piala AFC dan perlawanan antarabangsa dengan kelab dari luar negara," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan dua pemain import baharu di sini, Khamis.

Dua pemain tersebut ialah pemain sayap Salim Arrache dari Perancis dan penyerang Dickson Nwakaemi dari Nigeria.

Kedua-dua pemain import itu akan diuji pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara Kelantan dan kelab Liga Perdana Indonesia, Semen Padang, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu ini.

Bagaimanapun, Annuar berkata KAFA akan sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama jika Rajagobal memanggil semula Piya untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain