suria

Kami Hanya Bernasib Baik - Ferguson

Rodriguez menjaringkan gol pertama Soputhampton seawal minit ketiga perlawanan bertemu United, awal pagi Khamis.
Rodriguez menjaringkan gol pertama Soputhampton seawal minit ketiga perlawanan bertemu United, awal pagi Khamis.
Rodriguez menjaringkan gol pertama Soputhampton seawal minit ketiga perlawanan bertemu United, awal pagi Khamis.

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney menjaringkan dua gol sekaligus membantu pasukannya mengutip kelebihan tujuh mata di takhta Liga Perdana Inggeris apabila bangkit selepas ketinggalan bagi menundukkan Southampton 2-1 dalam perlawanan di Old Trafford, awal pagi Khamis.

Pasukan pelawat membuat kejutan awal apabila mendahului seawal minit ketiga melalui Jay Rodriguez.

Bagaimanapun, United hanya ketinggalan untuk tempoh lima minit apabila Rooney menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran Shinji Kagawa.

Penyerang kebangsaan England itu kemudiannya meletakkan tuan rumah di depan dengan 2-1 hasil apabila menguis masuk pada minit ke-27.

"Pada 30 minit minit pertama, kami berasa sangat selesa dan bermain dengan baik.

"Namun aksi separuh masa kedua Southampton telah membuktikan mereka adalah antara pasukan terbaik musim ini.

"Kami hanya bernasib baik memenangi perlawanan ini. Mereka langsung tidak memberi peluang memegang bola," jelas pengurus United, Sir Alex Ferguson.

Sementara itu, pengurus Southampton, Mauricio Pochettino, berkata: "Saya sangat berbangga dengan pujian Ferguson.

"Itu satu pujian penting yang perlu diketahui oleh pemain-pemain saya. Tetapi kami tidak mendapat sebarang mata.

"Kami bermain dengan baik, tetapi saya tetap kecewa kerana sekurang-kurang perlu seri".

SENARAI PEMAIN

Manchester United: De Gea, Jones, Smalling, Vidic, Evra, Carrick, Anderson, Kagawa, Rooney, Welbeck, Van Persie. (Simpanan): Lindegaard; Rafael, Rio Ferdinand, Valencia, Nani, Buttner, Cleverley.

Southampton: Boruc, Clyne, Yoshida, Hooiveld, Fox, Puncheon, Cork, Schneiderlin, Ramírez, Lambert, Rodriguez. (Simpanan): K. Davis, S. Davis, Lee, Lallana, Richardson, Shaw, Chaplow

Artikel Berikut

Artikel Lain