Paulus Mula Tugas Latih Pasangan Beregu Negara Jumaat Ini - Sukan | mStar

Paulus Mula Tugas Latih Pasangan Beregu Negara Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih beregu wanita Indonesia, Paulus Firman yang mula melapor diri di pejabat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Selasa, akan memulakan tugasannya membimbing pasangan beregu negara Jumaat ini.

Dalam mesyuarat dengan ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her hari ini, Paulus ditugaskan melatih beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Hoon Thein How-Tan Wee Kiong serta Lutfi Zaim Abdul Khalid-Tan Wee Gieen.

"Ini merupakan tanggungjawab besar apabila diberi kepercayaan oleh Persatuan Badminton Malaysia untuk melatih pasukan Malaysia dan saya harap prestasi saya juga baik di sini. "Ia satu cabaran baharu bagi saya untuk bekerjasama dengan pemain Malaysia dalam meningkatkan prestasi mereka," kata Paulus ketika ditemui pemberita di pejabat BAM di sini, Selasa.

Paulus ditawarkan kontrak dua tahun selaku jurulatih beregu negara dan kehadirannya bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Pang Cheh Chang yang dilantik sebagai ketua jurulatih beregu remaja negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Paulus berkata tiada bezanya melatih pemain lelaki mahupun wanita kerana apa yang penting adalah membimbing pemain-pemain berkenaan untuk meningkatkan prestasi mereka.

"Sebelum ini, saya lihat pemain Malaysia mempunyai kemahiran dan teknik permainan yang bagus, namun ada sedikit kelemahan dari segi fizikal dan tahap tumpuan mereka di gelanggang," katanya.

Ditanya mengenai tanggungjawabnya membimbing Kien Keat-Boon Heong, Paulus berkata ia merupakan satu cabaran yang besar kepadanya bagi memastikan pasangan beregu utama negara itu berada pada prestasi terbaik.

"Saya yakin, dengan kerjasama dan kerja keras daripada pemain, kita mampu mencatat kejayaan," katanya.

Paulus berkata beliau mempunyai tempoh enam bulan untuk membimbing pasangan beregu negara meraih pingat pada Kejohanan Dunia yang dijadual berlangsung di Guangzhou, China, Ogos depan. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain