suria

Kritik Pengadil, FA Denda Ferguson

Alex Ferguson
Alex Ferguson
Alex Ferguson

PERSATUAN Bola Sepak Inggeris (FA) mengenakan denda terhadap pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson gara-gara membuat kritikan terhadap penolong pengadil, Simon Beck.

Ferguron mengkritik tindakan Beck selepas pengadil itu gagal tidak mengambil tindakan sepatutnya ketika Wayne Rooney dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Steven Caulker ketika perlawanan menentang Tottenham yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1, Ahad lalu.

Bos United itu berkata, kelab ini sememangnya ada 'sejarah' dengan Beck berikutan kegagalannya membuat keputusan tepat ketika Didier Drogba menjaringkan gol pada tahun 2010.

"Jangan harap kami akan mendapat keputusan adil daripada Beck," komennya.

Sementara itu, menurut kenyataan FA: "Ia satu kesalahan melanggar undang-undang FA (Peraturan E3) dalam memberi kenyataan tidak adil kepada pegawai perlawanan.

"Ferguson diberi tempoh sehingga Jumaat (1 Februari) untuk membuat tindak balas mengenai denda ini."

Artikel Sebelum

WTA: Keputusan Terbuka Paris

Artikel Berikut

Artikel Lain