suria

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Eddy Choong

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengutus ucapan takziah kepada keluarga legenda badminton Datuk Eddy Choong Ewe Beng yang meninggal dunia semalam.

"Perasaan dukacita yang amat sangat kepada keluarga Datuk Eddy Choong, bintang All England kita yang membawa kemasyhuran kepada Malaysia pada tahun-tahun 60an. "Kehilangan besar kepada Malaysia," kata Perdana Menteri dalam Twitternya pada Selasa.

Eddy Choong, 83, meninggal akibat komplikasi jantung di Pusat Pakar LohGuanLye, Pulau Pinang, semalam. Beliau memenangi perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Terbuka All England sebanyak empat kali antara 1953 hingga 1957.

Eddy Choong mara ke peringkat akhir perseorangan All-England pada 1952 dan 1955 dan memenangi beregu lelaki bersama adiknya mendiang David Choong pada 1951, 1952, dan 1953.

Beliau menganggotai pasukan Piala Thomas Malaya 1955 yang mempertahankan kejohanan pasukan dunia. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain