suria

La Liga: Messi Ledak Empat Gol Bantu Tewaskan Osasuna

Messi melakukan sepakan penalti pada aksi menentang Osasuna, awal pagi Isnin.
Messi melakukan sepakan penalti pada aksi menentang Osasuna, awal pagi Isnin.
Messi melakukan sepakan penalti pada aksi menentang Osasuna, awal pagi Isnin.

PENYERANG berbisa dunia, Lionel Messi meledak empat gol untuk Barcelona menewaskan Osasuna 5-1 dalam aksi La Liga, awal pagi Isnin.

Kemenangan mantap skuad Barca ini sekaligus menjadikan ia sebagai aksi pemanas badan sebelum bertandang ke Real Madrid pada Rabu ini bagi aksi separuh akhir pertama Copa del Rey.

Messi menjaringkan gol seawal minit ke-11 dan diikuti pada minit ke-28 menerusi penalti.

Dua gol lagi pada separuh masa kedua pada minit ke-56 dan 58.

Manakala satu lagi gol dijaringkan Pedro pada minit ke-40.

"Kami bermain dengan baik dan apa yang penting sekarang ialah saingan bertemu dengan Real Madrid pada Rabu ini.

"Kami perlu bekerja lebih kuat, mengawal bola dengan baik dan mendapatkan keputusan yang memihak kepada pasukan saya," jelas pemain pertahanan Barca, Gerard Pique.

Sementara itu dalam aksi yang berlainan, penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo meledak hatrik semuanya dalam tempoh 11 minit ketika Real menewaskan Getafe 4-0.

Artikel Berikut

Artikel Lain