suria

Piala Liga: Chelsea Tersingkir, Hazard Terima Kad Merah

Pengutip bola (tengah) terlantar selepas ditendang Hazard.
Pengutip bola (tengah) terlantar selepas ditendang Hazard.
Pengutip bola (tengah) terlantar selepas ditendang Hazard.

PERLAWANAN separuh akhir kedua aksi Piala Liga antara Chelsea dengan Swansea City tercalar apabila pemain tengahnya, Eden Hazard dibuang padang selepas menendang pengutip bola di Stadium Liberty, awal pagi Khamis.

Hazard yang berang kerana budak pengutip bola gagal memberikan semula bola yang terkeluar padang ketika permainan masih berbaki 10 minit.

Hazard tiba-tiba menendang budak berkenaan ketika cuba mengambil bola di celah kakinya sehingga permainan tertangguh beberapa minit.

Pengadil perlawanan, Chris Foy kemudian terus mengeluarkan kad merah kepada pemain Belgium itu.

Sementara itu kapten Swansea, Ashley Williams tidak bersetuju dengan tindakan Hazard itu.

"Saya lihat dia menendang rusuk budak itu. Eden tidak sepatutnya melakukan begitu," jelasnya kecewa.

Perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan, namun kelebihan agregat 2-0 menyaksikan Swansea melangkah buat kali pertama ke final dan akan bertemu pasukan Divisyen 4, Bradford City.

Artikel Sebelum

Ramdan Tekad Pamer Aksi Terbaik

Artikel Berikut

Artikel Lain