suria

Newcastle Ikat Dua Pemain Baru

Mapou Yanga-Mbiwa
Mapou Yanga-Mbiwa
Mapou Yanga-Mbiwa

NEWCASTLE telah mengikat dua pemain baru dari kelab Perancis, Mapou Yanga-Mbiwa yang merupakan pemain pertahanan Montpellier, manakala seorang lagi penyerang dari Bordeaux, Yoan Gouffran.

"Satu penghargaan buat saya untuk bermain bersama Newcastle yang mempunyai peluang untuk berada di kedudukan tertinggi liga," jelas Yanga-Mbiwa di laman web Newcastle.

"England merupakan negara yang mempunyai ramai penyokong bola sepak dan saya akan cuba mempelajari budaya di sini. Ini adalah satu kelebihan sebagai seorang pemain bola sepak.

"Sebelum ini saya telah memberi seratus peratus komitmen di Montpellier.

"Saya menganggap mereka sebagai keluarga kedua yang telah memberi segalanya kepada saya.

"Sesuatu yang sukar untuk tinggalkan mereka."

Yanga-Mbiwa dilahirkan di Afrika namun membesar di Marseilli.

Sementara itu, Gouffran telah memberi komen di laman Twitternya mengenai perpindahan ini.

"Jutaan terima kasih kepada semua penyokong yang telah bersama saya sepanjang berada di sini.

"Juga kepada pihak kelab yang telah banyak mengajar saya menjadi seorang pemain yang baik.

"Saya memerlukan cabaran yang berlainan dan berharap semua dapat memberi restu pilihan saya ini," jelasnya.

Artikel Sebelum

Ramdan Tekad Pamer Aksi Terbaik

Artikel Berikut

Artikel Lain