suria

Pahang Tunjuk Corak Permainan Yang Diharap - Dollah Salleh

KUANTAN: Ketua jurulatih Pahang Dollah Salleh bangga dengan corak permainan yang ditunjuk anak buahnya ketika berhadapan Terengganu malam Selasa.

Beliau berkata kekalahan skuad Tok Gajah kepada Selangor sebelum ini tidak menjejaskan prestasi pemain untuk mengukir kejayaan menundukkan Terengganu 3-0.

"Saya bangga dengan corak permainan pemain saya yang terus konsisten dan itu amat penting untuk pasukan dan saya agak berpuas hati dengan prestasi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan kejayaan kali ketiga Pahang di gelanggang sendiri, malam tadi.

Beliau bagaimanapun mengakui masih banyak kekurangan harus diperbetul terutama di bahagian pertahanan yang dilihat masih longgar.

Dollah berkata bagi pencapaian keseluruhannya beliau bersyukur Pahang setakat ini berjaya mengumpul 12 mata, dengan 11 jaringan dan hanya bolos enam jaringan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Ramdan Tekad Pamer Aksi Terbaik

Artikel Berikut

Artikel Lain