suria

PGM Anjur 22 Kejohanan Sepanjang 2013

KUALA LUMPUR: Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) akan menganjurkan 22 kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM4 juta sepanjang tahun ini.

Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata sembilan daripadanya dianjurkan bersama Jelajah Pembangunan Asia (ADT) manakala tiga bersama Jelajah Asean.

Pada tahun lepas, beliau berkata, PGM menganjurkan 20 kejohanan dengan menawarkan hadiah wang tunai RM3 juta, yang mana tujuh daripada kejohanan-kejohanan tersebut dianjurkan bersama ADT.

"Perluasan kejohanan Jelajah berkenaan secara tahunan dan peningkatan hadiah wang tunai (tahun ini) menandakan pertumbuhannya yang pesat tahun demi tahun," katanya pada majlis penyampaian penajaan Kejohanan PGM CCM (Chemical Company of Malaysia) Rahman Putra Masters 2013 di sini Selasa.

Pada majlis itu, CCM menyampaikan penajaan berjumlah RM200,000 bagi menganjurkan kejohanan berkenaan yang akan berlangsung di Kelab Rahman Putra Malaysia, Sungai Buloh, Selangor dari 30 Januari hingga 2 Februari. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain