suria

Terbuka Malaysia: Chong Wei Lengkapkan Gelaran Ke-9

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mencatat rekod enam kali berturut-turut bergelar juara Terbuka Malaysia Maybank sekaligus menambah koleksi trofi kesembilan kejohanan tahunan ini selepas menewaskan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia pada aksi akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, Ahad.

Pemain berusia 30 tahun itu menewaskan pemain kelima dunia dari Indonesia ini 21-7 21-8 dalam tempoh 32 minit.

Kemenangan ini juga mencatat rekod kemenangan 8-5 memihak kepada Chong Wei ke atas Sony sejak tahun 2007.

"Saya teruja dengan kemenangan hari ini sekaligus mencatat rekod juara sembilan kali.

"Sokongan daripada peminat-peminat yang datang juga memberi semangat untuk saya meraih kemenangan ini," jelasnya selepas perlawanan.

Sebagai rekod, Chong Wei turut meraih kejuaraan kejohanan ini pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Kejayaan ini juga merupakan rentetan kemenangan kedua Chong Wei tahun ini selepas turut menjuarai Terbuka Korea dua minggu lalu.

Artikel Lain