suria

Gol Lewat Dempsey Bantu Spurs Ikat United 1-1

Dempsey (kiri) menjaringkan gol untuk Spurs pada minit ke-90.
Dempsey (kiri) menjaringkan gol untuk Spurs pada minit ke-90.
Dempsey (kiri) menjaringkan gol untuk Spurs pada minit ke-90.

LONDON: Jaringan lewat Clint Dempsey membolehkan Tottenham Hotspur berkongsi satu mata dengan Manchester United apabila seri 1-1 dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris, di Stadium Whita Hart Lane, awal pagi Isnin.

Keputusan itu turut menyaksikan United yang mendahului liga kini dipisahkan hanya tujuh mata daripada pencabar terdekat, Manchester City.

United bermula garang apabila membuka jaringan menerusi penyerang berbisanya, Robin van Persie pada minit ke-25.

Ia juga menyaksikan jaringan ke-22 van Persie bersama United musim ini.

Bekas penyerang Arsenal itu kekal sebagai penjaring terbanyak liga.

United seakan-akan membalas dendam kekalahan kepada Spurs 2-3 di Old Trafford September lalu meskipun tuan rumah melakukan serangan bertubi-tubi.

Bagaimanapun, hasrat membawa tiga mata penuh berkecai apabila Dempsey menyumbat gol pada minit terakhir masa tambahan.

Barisan pemain:

TOTTENHAM: Lloris, Walker, Caulker, Dawson, Naughton, Parker, Dembele, Lennon, Bale, Dempsey, Defoe. (pemain gantian: Friedel, Vertonghen, Assou-Ekotto, Huddlestone, Sigurdsson, Livermore, Townsend.)

MANCHESTER UNITED: De Gea, Rafael, Vidic, Ferdinand, Evra, Carrick, Jones, Cleverley, Kagawa, van Persie, Welbeck. (pemain gantian: Lindegaard, Valencia, Anderson, Rooney, Giggs, Smalling, Hernandez.)

Artikel Lain